~……Kau khianati cintaku……~

“PENGAJARAN BUAT PEMUDA-PEMUDI YANG SEDANG DILAMUN CINTA ATAU SEDANG MENCARI CINTA”
Kisahku untuk pengajaran semua……
Tutt…….tutt….satu mesej masuk, Assalamualaikum….boleh berkenalan? Alamak no siapa pulak ni? Getus hati kecilku, ah….xyah layan lah, lelaki gatal agak nye, aku terus membelek-belek buku, “malas la pulak nak study,”hati ku berkata.
Aku terus mengambil telefonku dan membelek-belek mesej tadi, ku taip mesej, waalaikum salam….siapa ni ek? kenal ke? Aku terus hantar tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba telefonku berbunyi pulak, ku capainya dan terus membaca mesej yang sampai dengan teliti, “saya xkenal lagi awk tpi kita boleh berkenalan kan?” “Eh biar betul dia ni, awk ni ppuan ke llaki?”ku terus berbalas mesej. Ya sidia yang xprnah kuknal sebenarnye seorg llki, berasal dari Kelantan juga, berumur 24 tahun. Hanya bekerja sebagai kuli sahaja di kampung nya.
Semakin lama semakin aku rapat dengan nye,dia selalu menelefon kepadaku, dia yang ku panggil dengan nama Azri sangat memahami aku, aku yang berada jauh dengan ibubapa di saat ini teruja apabila ada org mengambil berat soal diriku,ku rasa dihargai, rasa disayangi. Aku menganggap Azri sebagai kawan biasa saje memandangkan aku merupakan salah seorang daripada mahasiswi pengajian Islam.
Dua bulan berlalu, kami berbalas-balas mesej. Pada suatu malam, Azri bertanya kepadaku dalam mesejnye.” dah dua bulan kita knal kan? Sya anggap Azri sebagai apa ek?blh thu tak?” aku yg tdk mngerti mksud nye terus brtye blik. “sebagai ape?mksud Azri mcm mne ek?xphm la..” tutt…..tutt………mesej masuk. “mksud Azri,Azri suke kalo Sya jd makwe Azri,Sya mcm mne?” terkedu aku dengan kata-katanya. Ku xsgka selama ni dia ada menyimpan perasaan kepadaku, dia yg ku anggap sebagai kawan telah meluahkan isi hati nya kepadaku. Aku terus naik angin. “Sya anggap Azri sbgai kawn je, xlbih dan xkurang dari tu.” “Azri syg kat Sya tau tak?” mesej nye masuk lagi. “Mudah nye Azri lafaz kata syg, Azri xknal lagi Sya dah lafazkan kata-kata tu.”aku dlm rase mrh mmbalas mesej nye, “tpi Azri yakin Sya adalah yg terbaik untuk Azri” dia seakan-akn memujukku. “dah la mulai hari ni, jgn hbungi Sya lagi”aku terus memberi kata putus. Aku bingung memikirkan perkara ini. Memori zaman persekolahan dulu meresap dalam fikiranku,di sekolah dulu, aku memang seorang yang sangat menjaga batas-batas pergaulan, memandangkan sekolahku itu sekolah agama yang mengasingkan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan, itulah yang membuatkan aku seorang yang menjaga batas-batas pergaulan. Masih terngiang-ngiang di kepalaku tentang teguran seorang pelajar lelaki di sekolahku, masa tu peperiksaan SPM, “Eh,awk ni budak baru ke?”tegurnya semasa dalam dewan sebelum peperiksaan bermula, aku telah ditakdirkan duduk sebelahnya dengan selamba menjawab. “Tak lah, pelajar lame la.” “La yeke, kenapa xpernah nampak pun sebelum ni.”katanya lagi. “Ok lah peperiksaan dah nak bermula dah ni,good luck ye.”aku terus memutuskan perbualan, aku malas nak layan mamat ni. “Ek eleh sombong nya awk”. Kata-katanya kubiarkan saje. Aku bersyukur kerana tidak dikenali oleh pelajar-pelajar lelaki. Kawanku pernah berkata, sebenarnya Allah menjaga kita sebab tu kita tidak dikenali oleh lelaki ajnabi, orang lelaki tak kenal kita bukan bermakna kita tak lawa, tak ada jodoh tetapi kita dijaga untuk seseorang yang berhak ke atas kita apabila tiba masanya kelak. Setiap makhluk diciptakan oleh Allah secara berpasang-pasangan. Jadi xpayah risau pasal jodoh. Itulah yang kupegang selama ini. “Allah sayang kat aku rupanya, syukur Alhamdulillah.”pujuk hatiku.
“Hai Sya,jauh termenung,fikir pasal apa ni?”Tegur roommateku yang baru pulang dari menyiapkan assignment di rumah kawan nya. “Eh dah blik dah,sori-sori Sya xperasan Nina balik.”kataku. “Nak- perasan macam mana kalau asyik layan perasaan je ni,Sya fikir pasal apa ni?macam ada masalah je ni. Cer cite-cer cite.”katanya sambil tergelak dengan kata-kata yang diungkapnya. “Sibuk lah dia ni nak tahu hal orang,”getus hatiku. “Cer cite-cer cite.”katanya lagi. Aku yang tak dapat menahan rasa geli hati terus ketawa mengilai bersamanya. “Ni terpengaruh dengan cerita hantu kak Limah la ni”.kataku berseloroh. “Biasa la sekali-sekala jer. Dah lah Nina nak tidur la,mengantuk dah ni.”kata Nina sambil membetulkan bantalnya. Jam sudah menunjukkan pukul1.30 pagi. Ku lihat Nina sedang lena diulit mimpi. Aku mengambil keputusan untuk tidur, lagipun esok kelas pukul 8pagi, takut lambat bangun pulak. Aku membetulkan bantalku dan merebahkan diri untuk tidur. “Sya….”tiba-tiba kurasa dipanggil seseorang. “Ow Nina, belum tidur lagi rupanya.”tegurku. “kalau Sya perlukan teman untuk berkongsi masalah, Nina sentiasa ada untuk Sya.”kata-kata Nina membuatkanku terharu. “Ok insyaAllah, terima kasih Nina, terima kasih banyak-banyak.”balasku. “Oklah kita tidur lah, good night!” kata Nina mengakhiri perbualan kami malam itu.
Dua minggu berlalu tanpa Azri, satu malam aku mengulang kaji pelajaran. Nina sudah nyenyak tidur. Aku terpandang telefon di sebelahku, teringat pula kat Azri. Aku menaip mesej (Salam Azri dah tidur ke?) “Ah xpayah lah ingat kat dia.”hatiku terus memujuk untuk lupakan dia. Aku terus letak kembali telefon. Aku terus mungulang kaji. Tiba-tiba terdetik pula di hati untuk bertanya khabar Azri. “Aku try mesej je lah.”kata hatiku. Aku terus menghantar mesej yang kutaip tadi. Tak sampai pun seminit mesejku sudah terbalas. “Wasalam, Azri tak tidur lagi, Sya pulak kenapa tak tidur lagi?”tanyanya. “Sya study sikit,”jawabku ringkas. “Azri rindu kat Sya tau, dah dua minggu tak dengar khabar dari Sya.”kata-kata Azri membuatku terkedu seketika tapi rasa bangga juga dihati bila mendengar kata-katanya. “Sya dah setuju ke?”Tanya nya. Aku yang sudah lupa pasal dua minggu lepas bertanya kembali kepadanya. “setuju apa ye?” “Ala….buat-buat lupa pula. Sya sudi terima Azri sebagai kekasih kan?” Aku menjadi malu dengan pertanyaannya. Tanpa berfikir panjang, aku telah bersetuju untuk menjadi kekasihnya. Ya kekasih di alam maya, kami tidak pernah kenal satu sama lain, tidak pernah melihat satu sama lain. Aku meletakkan beberapa syarat dalam perhubungan kami, kami tidak boleh berjumpa sebelum aku tamat pengajianku, dan akan berjumpa hanya di rumahku bila tiba masanya kelak. Azri menerima syarat-syaratku tanpa bantahan. Katanya syarat-syaratku bagus kerana ala-ala Couple Islamic gitu.
Pernah satu hari, aku bertanya Azri “kenapa Azri suka kat Sya ek? Azri tak pernah tengok lagi macam mana rupa Sya tapi terus berkenan, kenapa ye?” “Azri suka sebab Sya warak, taat perintah Allah, ambil pengajian Islam lagi.” “Selain tu?” tanyaku lagi. “selain tu ek? Azri yakin Sya seorang yang cantik, dengar suara Sya pun Azri dah tahu. Satu lagi, Azri suka dengar suara Sya tau tak? Lembut sangat suara Sya sampai rasa menusuk-nusuk dalam hati ni.”Azri menjawab dengan panjang lebar. Kata-katanya membuatkan aku sedikit terkejut tapi kupujuk hati bahawa Azri hanya bergurau denganku. Mungkin dia nak ambil hatiku. “ah, biar je lah!” bisik hati kecilku tapi perasaan bangga sedikit sebanyak timbul juga dihati bila di beri pujian begitu. “Azri tahu tak Sya ni seorang yang gemuk tau, Azri kenal tak Adibah Noor dalm tv tu?”Tanyaku dengan niat untuk menguji. “Adibah Noor? Kenal la….kenapa?”Azri bertanya kembali. “Haa…kalo nak tahu Sya besar macam Adibah Noor la. Dan bezanya Sya berkulit gelap.”kataku. “la yeke, tapi tak apa lah, Azri tak kisah pun.”kata-katanya membuatku selesa, bagiku Azri memang seorang yang baik, tidak memilih orangnya. Aku semakin hanyut dibuai cinta Azri.
Satu hari Azri menghantar 3keping gambarnya kepadaku. Dia poskan ke alamat kampusku kerana aku sembunyikan alamat kampungku kepadanya. “tak lah kacak sangat, kerja kampung biasa je. Tapi tak apa lah janji dia baik.”hatiku berbisik. Aku tak bagi gambarku kepadanya. Bagiku masih terlalu awal lagi.
“Sya ada sesuatu nak beritahu Nina, tapi Nina jangan terkejut ye.”kataku suatu hari kepada Nina. “Apa yang Sya nak beritahu ni?”Tanya Nina dengan tidak sabar untuk tahu. “Sebenarnya….sebenarnya…”kataku gugup. “Sya cakap je lah.”Nina seakan-akan memaksaku. “sebenarnya Sya couple sekarang.”kataku tanpa bersembunyi lagi. Nina seolah-olah terkejut. “Sya, couple-couple ni haram hukumnya. Ia boleh mendekatkan diri kita kepada zina. Sebagai sahabat, Nina nasihatkan Sya tak payah lah terlibat dalam hal macam tu. Nina beritahu sebab Nina sayang kat Sya, Sya sahabat Nina yang paling baik sekali tahu tak? Sya harapan keluarga, adik-adik Sya ramai lagi, nanti mereka terikut pulak dengan perbuatan Sya ni. Kalau ibu bapa Sya tahu pasal ni mesti mereka kecil hati. Mereka harap kejayaan Sya tahu tak?” Nasihat Nina umpama mencurahkan air ke daun keladi, aku hanya mendengar tapi tidak dapat menerimanya. “terima kasih Nina, tapi Nina jangan risau,nanti pandailah Sya jaga diri Sya.”kataku dengan sombong. “ok lah kalau macam tu, Nina dah bagi nasihat, sekarang terpulanglah pada Sya lagipun Sya kan dah dewasa, dah tahu membezakan yang mana baik dan mana yang tak baik.”kata Nina sambil berlalu pergi meninggalkan aku. Aku tahu Nina pasti kecewa denganku. Tapi perasaan sayangku kepada Azri mengatasi segalanya. Mungkin inilah yang dikatakan cinta itu buta. Cinta Azri telah membutakan aku dari jalan kebenaran, telah membuatku lupa tentang kata-kata kawan sekolah dulu. Aku hanyut dan semakin hanyut.
Cuti pertengahan semester dua merupakan ulang tahun kelahiran Azri yang ke 25 tahun. Aku membelikan dua buah buku agama, satu untuk aku dan satu untuk dihadiahkan kepadanya. Aku tahu Azri suka baca novel, tapi aku beli buku agama untuknya dengan hasrat dia semakin dekat dengan sang Pencipta. “Hadiah untuk siapa tu Sya? Cantik je balut macam tak nak buka je.”tegur mamaku ketika aku sedang asyik membalut hadiah untuk Azri. “hadiah untuk kawan Sya ma, minggu depan hari jadi dia.”kataku. “ow, kawan lelaki ke kawan perempuan?tanya mama menyelidik. “kawan lelaki ma.”balasku ringkas. “ni mesti kawan istimewa ni kan.”kata mamaku berseloroh. “tak lah ma, kawan biasa je.” kataku untuk merahsiakan hakikat sebenar. “mama nak tengok ke rupa dia? Sya ada gambar dia.”kataku. “meh mama tengok,”kata mama. Aku mengeluarkan gmbar Azri dan memberinya kepada mama. Kulihat kening mama sedikit berkerut. “kenapa ma?”Tanya aku kehairanan. “kerja apa budak ni, Nampak semacam je ni.”kata mama. Adikku yang nombor dua yang dari tadi mendengar perbualan kami terus mengambil gambar Azri daripada mama. “ye lah ma, macam tak betul je budak ni. Sekali tengok macam penjahat, dua kali tengok macam penyamun.”adikku pulak memberi komen. “eh tak baik kata macm tu kat dia, dia baik tau tak.”kataku untuk menyangkal kata-kata mama dan adikku. “ha..kalau dah mabuk cinta macam tu la jadinya. Aku tak nak lah dia jadi abang ipar aku.”kata adikku sambil berlalu pergi. “mama nasihatkan Sya berhenti berhubung dengan dia sebelum abah tahu pasal ni. Nanti Sya kena marah pulak.”kata mama sambil menuju ke dapur meninggalkan aku terpinga-pinga. Ku lihat adik bongsuku sedang asyik bermain-main dengan anak patung yang kubelikan tanpa menghiraukan perbualan kami dari tadi. Ku tak mengerti kenapa semua orang pandang serong kat Azri padahal Azri seorang yang baik pada mataku. Petang itu aku ke pejabat pos untuk mengepos bungkusan yang mengandungi hadiah Azri. Dalam bungkusan itu kuserta kan bersama-sama 3keping gambarku.Terketar-ketar tanganku ketika menulis alamat rumah Azri. Kali pertama aku menghantar bungkusan kepada seorang lelaki dalam hidupku. Kuharap Azri dapat mengambil manfaat daripada buku tersebut.
Keesokkannya,
“Assalamualaikum….hai si comel, tengah buat apa ni?”Azri bertanya dalam nada ceria.
“Waalaikum salam…..tak buat apa-apa pun, kenapa ceria semacam je ni?”tanyaku kehairanan.
“ceria la sebab dapat hadiah dari insan tersayang.”kata Azri lagi.
“Ow dah sampai ek?cepatnya..”
“ye la dah sampai la,Sya ni cantik la. Sya tak gemuk pun, pandai Sya tipu Azri ye. Betul la sangkaan Azri selama ni.”kata Azri memujiku. Terasa bahagia dipuji sebegitu, tapi dengan segera kutepis.
“Mak Azri dah berkenan kat Sya tau, dia tanya bila boleh masuk meminang.” Kata-kata Azri membuatku terbatuk-batuk. Pandai sungguh dia bermain kata-kata denganku.
“Sya….Sya ok ke ni?”Azri bertanya.
“Sya ok je…terkejut sikit tadi.” Ku membalas ringkas.
“Ow…habis tu macam mana?” tanya Azri masih ingin mendapatkan kepastian.
“Tunggu lah 10 tahun lagi.” Kataku berseloroh.
“Ala….berjanggut la Azri tunggu Sya.”kata Azri membuatkanku tertawa.
Masa terus berlalu, selesai je final exam aku terus pulang ke kampung. Bosan asyik goyang kaki je kat rumah, aku meminta abah mencarikan kerja untukku. Alhamdulillah, seminggu lepas tu aku mendapat kerja kat kedai cenderamata di kampungku. Aku bekerja ikut shif. Di situ aku berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Mustafa, orangnya sedikit berisi. Mustafa, sedap nama tu, berumur 26 tahun, pada dirinya terdapat ciri-ciri seorang lelaki yang menjadi idaman hatiku selama ini. Wajahnya bercahaya walaupun kulitnya sedikit gelap, setahu aku dia berasal dari sebuah keluarga yang kuat pegangan agama. Hatiku terpaut kepadanya tapi perasaan itu harus kupendam dan ku buang jauh-jauh memandangkan aku harus menjaga perasaan Azri.
Pernah satu ketika,
“Sya,ke sini sekejap.”Mustafa memanggilku. Aku yang kehairanan terus menuju ke arahnya. Ku lihat dia sedang mundar-mandir dan di tangannya terdapat dua lembar kertas pembalut hadiah. Di situ terdapat seorang pelanggan yang sedang menunggunya. “kenapa ye?”aku bertanya. “ni haa…hadiah ni besar sangat, macam mana nak bungkus ye. Kita bungkus sama-sama ye.”katanya lagi. “Ow ni rupanya.”kataku sambil tergelak. “ala jangan la ketawa, jom la kita bungkus ni.”katanya dengan muka merah.” “ Sekejap ye kak.”aku menenangkan pelanggan itu. Pelanggan kami itu sekadar mengangguk. Kami mengbungkus dengan gopoh-gapah. Tanganku tersentap seketika apabila tangan besar Mustafa tersentuh dengan tanganku. “Ops…sori-sori.”Mustafa meminta maaf. Aku terus menbungkus tanpa berkata apa-apa. Aku perasan Mustafa memerhatikanku tapi kubiarkan saja. Dua bulan aku bekerja di kedai tersebut. Seminggu sebelum semester 3 bermula, aku mengambil keputusan berhenti kerja untuk membuat persiapan ke kampus.
Dalam tempoh itu, aku mendapat berita daripada Azri bahawa dia telah mendapat kerja di negeri tempatku belajar. Perasaan takut, teruja, terkejut, dan gembira bercampur baur dalam diriku. Azri akan bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah hospital.
Abah memandu kereta dengan cermat, “Sya, belajar elok-elok. Jaga diri baik-baik bila tinggal kat tempat orang. Ingat, abah dengan mama jauh dari Sya jadi Sya kena pandai-pandai la bawa diri. Sya kena jadi contoh terbaik tau untuk adik-adik.”abah berpesan ketika dalam perjalanan menghantarku ke kampus. Mama menjeling ke arahku.
Semester 3, aku ditempatkan di asrama baru. Dan sudah tentu roommate pun baru juga. Selesai mengangkut barang-barang ke bilik asrama baru. Azri hubungi. “Assalamualaikum Sya, Azri nak jumpa Sya sekejap. Azri sudah berada dalam kampus Sya sekarang ni. Sya berada kat mana ni?”kata-kata Azri membuatku terkejut sangat. Aku gugup, tak tahu nak kata apa. Abah dan mama tak balik lagi. Alamak macam mana ni? Lagipun Abah tak tahu lagi pasal ni. “Sya, kenapa senyap je ni?”suara Azri di talian membuatku tersedar dari lamunan. “Tak boleh la Azri, abah dan mama tak balik lagi ni.”kataku cuba mengelak. “kalau macam tu, kita tunggu sekejap lagi, bila abah dan mama dah balik, kita jumpa sekejap ye.”kata Azri seakan tidak mahu mengalah. Aku terfikir ke mana janji kami buat dulu. Lupakah dia tentang janji yang telah disepakati? Mungkinkah dia cuba untuk memungkiri janji kami? Aku tak pernah berjumpa dengan orang lelaki secara face to face sebelum ini. Terasa kekok juga. Takut pun ada, waktu tu tanganku sejuk sangat. Perasaan berdebar semakin menguasai diriku. “Sya…..Sya….”Azri menyebut namaku kerana terlalu lama aku mendiamkan diri. “ye…macam ni je lah, kalau Azri nak jumpa Sya, kita jumpa masa abah dan mama Sya ada ni, kalau tak Sya tak nak jumpa.”kataku dengan niat mematahkan semangatnya. “ok lah boleh je.”kata-kata Azri membuatku terpegun. Ku tak sangka dia sungguh berani untuk berdepan dengan orang tuaku. “kalau macam tu, datang lah, nanti Sya bagitahu kat abah.”kataku ringkas.
“abah, kawan Sya nak jumpa dengan abah.” Kataku dengan perasaan gemuruh.
“Suruh lah dia datang, kawan lelaki ke kawan perempuan?”pertanyaan abah membuatku rasa serba salah.
“kawan lelaki abah.”jawabku.
“Sya dah ada kekasih ke kat sini?”Tanya abah lagi.
“tak lah abah, kawan je lah. Tak ada apa-apa pun.” Aku cuba menyembunyikan hakikat sebenar.
“Owh tak apa lah kalau dah macam tu.”kata abah.
“Assalamualaikum….pak cik, mak cik. Apa khabar?”Azri memberi salam sejurus sampai di depan kami. Aku terkejut melihatnya. Orangnya kurus tidak seperti di dalam gambar yang kuterima. Wajahnya yang cengkung membuatkannya kelihatan lebih tua dari umurnya yang sebenar.
Aku hanya melihat Azri berbual dengan ibu bapaku, sekali sekala dia melemparkan pandangan ke arahku diiringi dengan sebuah senyuman. Ku tak mengerti maksud di sebalik senyumannya itu. Selepas seketika, keluargaku bertolak pulang ke kampung, aku semakin gugup berdiri di depan Azri. Aku meminta diri untuk masuk ke asrama. “Aik, tak kan malu dengan Azri kot.” Kata Azri mengusik. “Sya banyak kerja la Azri. Sya nak masuk.” Kataku seolah-olah menghalau Azri. “Ok lah kalau dah macam tu. Sya masuk lah. Nanti siap kerja, Sya hantar mesej kat Azri ye.”kata Azri mengalah. “Dia terasa hati ke?” Hatiku tertanya-tanya. “Alah biar je lah.”hatiku cuba memujuk. Aku masuk ke asrama dan mengemas barang-barang. Sedang aku asyik mengemas barang, telefonku berdering. Tertera (abahku sayang) di skrin telefon. “Hello, assalamualaikum abah, abah sampai kat mana dah ni?”tanyaku. “Waalaikumussalam….abah baru je sampai kat simpang tiga ni. Sya berada kat mana ni? Budak tu ada lagi ke kat situ?”Tanya abah. “Sya dah masuk dalam asrama la abah, budak tu? Azri namanya, dia dah balik dah.”kataku. “Sya jangan berkawan la dengan budak tu, lain macam je abah tengok budak tu.” “Azri baik la abah.”kataku lagi. “Eh budak ni, melawan ye. Belajar kat mana ni?”Tanya abah. “Ok lah abah, Sya dengar la ni.”kataku memujuk abah. “Haa…macam tu lah, ok lah abah nak memandu ni. Jaga diri elok-elok kat tempat orang tu.”kata abah yang sering berpesan. “Ye lah abah, kirim salam kat mama tu, assalamualaikum.” Aku memutuskan perbualan kami. “kenapa keluarga aku tak suka kat Azri?”aku tertanya-tanya sendiri. Sedangku asyik berfikir, sebuah mesej Azri masuk. “Assalamualaikum Sya, tengah mengemas lagi ke?” “Waalaikum salam…ya Sya tengah mengemas lagi ni. Azri dah sampai kat rumah ke?”ku membalas mesejnya. “Azri baru je sampai kat rumah ni, cantik la Sya hari ni.”Azri memujiku. Terasa kembang hidungku di buatnya. “Azri, Sya harap ni kali pertama dan terakhir kita jumpa. Azri dah lupa ke janji kita dulu?”aku bertanya. “oklah kalau Sya nak macam tu, Azri terima je.” Azri menerimanya tapi aku hairan juga macam mana dia boleh bersabar denganku.
Dua minggu berlalu, aku jatuh sakit. Azri mengetahui keadaanku. Selepas dua tiga kali berulang alik ke klinik, aku terpaksa dikejarkan ke hospital. Aku beritahu Azri bahawa aku kena buat blood test. Azri seakan-akan tahu apa yang menimpaku hari itu terus menerus menghantar mesej dan hubungiku, tapi satu pun aku tak balas dan tak jawab panggilannya. Aku tahu dia tengah bekerja masa tu, aku tak nak ganggu kerjanya. Aku tak nak buatnya risau. Selepas setengah jam berada di wad kecemasan, aku ditolak oleh pegawai kesihatan dengan menggunakan kerusi roda menuju ke wad. Dua sahabat baik(Nina dan Rita)yang menghantarku ke hospital kelam kabut menguruskan pendaftaranku ketika itu. Kasihan juga kat mereka, gara-gara aku, mereka terpaksa kelam-kabut. Tapi aku bersyukur dapat sahabat macam diorang. I love both of you my friend!! Apabila tiba je dalam lif, ada satu suara menegurku………
“kenapa tak beritahu kena masuk wad?” satu suara keras menegurku. Aku yang terkejut terus berpaling. “Alamak, kantoi sudah!” Hatiku menjerit. Ya suara Azri yang menegurku dalam lif. Kebetulan hari tu shif Azri menjaga lif pesakit. Aku sekadar mendiamkan diri dengan pertanyaan Azri. Aku tak mahu kemarahannya terhadapku semakin menebal. Azri menolak sendiri kerusi rodaku menuju ke wad. Aku rasa sungguh malu. Tak kusangka aku akan bertemu lagi dengan Azri. Selepas selesai urusan pendaftaran, Nina dan Rita masuk ke wad yang menempatkanku.
“Kenapa tak bawa Sya ke hospital awal-awal?”Azri bertanya Nina dan Rita dengan nada yang tinggi. Aku tahu Azri sedang marah ketika itu.
“Azri, mereka tak salah.”kataku membela sahabat-sahabatku.
“Ok lah, Azri nak sambung kerja ni. Nanti Azri datang lagi. Kalau Sya nak apa-apa call Azri tau, jangan nak segan-segan dengan Azri.” Kata Azri kepadaku. Aku sekadar menggangguk.
“Awak berdua jangan risau, saya akan jaga Sya kat sini.” Kata Azri kepada Nina dan Rita. Azri meminta diri untuk menyambung kerjanya.
“Garang sungguh la Azri tu. Takut aku di buatnya.”Rita membuka mulut.
“Biasa la tu, siapa tak risau kat mak we.”kata Nina membuatkan kami ketawa bersama.
“Oklah kami pulang dulu la Sya, nanti kami datang melawat lagi.” Rita berkata setelah hampir setengah jam kami berbual.
“Ye lah Sya, nanti kami datang lagi ye. Sya jaga diri baik-baik tau. Hati-hati dengan mamat tadi tu.” Nina pula yang mencelah.
“Ok bos.”kataku. Tinggallah aku keseorangan di situ.
Malam itu Azri menukar lokasi dengan kawannya. Dia menukar lokasi semata-mata nak jaga aku. Azri sering menjenguk aku. Malu aku dibuatnya. Keesokkan paginya, apabila aku tersedar daripada tidur, kulihat Azri sedang nyenyak tidur di atas kerusi di hujung kaki katilku. Letih agaknya. MasyaAllah….tak kusangka dia sanggup menjaga aku sebegitu rupa. Kulihat terdapat sebotol minuman bikarbonat 100 plus, dua buah majalah,sebungkus roti dan sekotak tisu muka di atas mejaku.
Baru aku tahu betapa bosannya berada kat hospital, tapi mujur lah ada juga kawan-kawan yang datang melawat.
(telefonku berdering)
“Assalamualaikum Sya, abah, mama, nenek dan adik-adik dalam perjalanan ke hospital ni. Sya nak apa-apa tak ni?”kata abah di hujung talian.
“Waalaikum salam…tak apa lah abah, tak payah bawa apa-apa la.”kataku untuk tidak menyusahkan keluargaku. Sejam kemudian keluargaku tiba, abah, mama dan nenek terpaksa bergilir-gilir melawatku kerana kanak-kanak tak dibenarkan masuk ke wad yang menempatkanku itu. Kesian kat adik-adikku, daripada cerita mama, aku mendapat tahu adik-adikku yang bongsu terutamanya merengek-rengek minta nak jumpa aku, tapi apa boleh buat. Kebetulan ketika giliran abah masuk ke wad, Azri masih ada. Azri berbual-bual dengan abah. Aku mendengar Azri memberitahu abah supaya tidak risau pasal aku, dia akan menjaga aku kat sini. Kulihat muka abah sedikit berubah, aku tahu apa yang dirisaukannya. Setelah Azri meminta diri, abah menyatakan hasratnya untuk memindahkanku ke hospital di negeriku. Tapi aku menolak kerana aku tahu aku ditahan kat hospital beberapa hari sahaja. Abah bersetuju. Tapi aku tahu betapa beratnya hati abah untuk menyetujuinya. Aku bukan sengaja buat macam tu, aku tak nak membebankan abah, aku tak nak abah menghabiskan duit kerana aku.
Malam terakhir aku berada di wad….
“Happy birthday Sya….” Aku dikejutkan dengan satu suara.” Aku tergamam, baru ku sedar birthday aku rupanya hari tu. Azri membawa sebuah paper bag yang mengandungi sebiji epal merah, sebiji kek kecil untukku. Tertera di paper bag (happy birthday). Walaupun hadiahnya tidaklah seberapa tapi aku tetap menghargainya. Malam itu, aku mendapat banyak mesej ucapan daripada kawan-kawan. Dan yang paling mengharukan aku ialah, Mustafa juga ucap kepadaku. Aku tertanya-tanya macam mana dia boleh tahu birthday aku. Tapi biasa la kalau dah berkawan, mesti akan tahu juga.(berfikir positif)
Aku meneruskan kuliah seperti biasa selepas keluar wad. Bermula saat itu, Azri kerap ke kampusku. Seingat aku, ada satu perkara yang paling lucu bagiku. Azri ingin berjumpa denganku tapi aku menolak dengan alasan ada kerja. Tapi Azri nak jumpa juga walaupun sekejap. Katanya ada hal penting, aku bersetuju, rupa-rupanya dia hanya nak bagi kuih kat ku. Perasaan ingin marah dan ingin ketawa bercampur dalam diriku. Hanya kat kampus je aku berani jumpa dengannya. Azri seakan memahami diriku, dia tak pernah mengajakku berjumpa kat luar. Jauh sekali untuk bertepuk tampar dan berpimpingan tangan seperti pasangan lain. Mungkin faktor pakaianku yang membuatnya menghormati aku. Aku tak peduli kalau ada yang mengatakan aku tak pandai bercinta.Tetapi setiap kali ke kampusku pasti ada lah hal nya. Dua kali Azri meminjam duit denganku, alasannya gaji tak masuk lagi. Tapi tidakku nafikan Azri tidak susah membayar hutang, bila dapat je gaji, dia terus membayar hutangnya. Sering kali aku terfikir dengan kata-kata seseorang, kalau seseorang lelaki tu tak mampu nak tanggung dirinya sendiri, macam mana dia nak tanggung orang lain. (mungkin betul dan mungkin tidak)

“Sya, Azri nak minta tolong Sya lagi ni.” Kata Azri suatu hari selepas berbual-bual melalui telefon.
“Azri nak minta tolong apa? Cakap lah, kalau Sya boleh tolong, InsyaAllah Sya akan tolong. Kataku.
“Motor Azri rosaklah Sya, gaji Azri tak masuk lagi. Hujung bulan ni baru masuk.” Azri memulakan cerita. Aku dah dapat agak. Azri ingin meminjam duit dariku lagi.
“Sebenarnya Sya bukan tak nak tolong Azri, tapi Sya tak ada duit sekarang ni.” Kataku berbohong.
“Kalau Sya tak ada duit tak apa lah, Azri faham.” Kata Azri dengan nada rendah. Aku tahu Azri kecewa denganku tapi…………aku tak tahu kenapa hatiku susah nak bagi pinjam kepadanya hari tu. Perasaan bersalah meluat-luat dalam diriku.

Masa terus berlalu, abah masih lagi dengan keputusannya, masih lagi tak suka aku berhubungan dengan Azri. Mama pun sama. Aku pula sering bergaduh dengan Azri, perkara kecil pun boleh jadi isu untuk bergaduh. Azri seolah-olah ingin mengongkong aku, nak pergi kt mana-mana mesti kena report kat dia. Macam budak kecil je aku ni. Banyak kali aku pergi mana-mana tanpa pengetahuannya. Bila Azri dapat tahu aku pergi mana-mana tanpa pengetahuannya, pasti dia akan marah, merajuk dan menyepikan diri. Dan yang pasti, aku kekal dengan egoku, aku tak akan memujuknya. Bila hilang rajuknya, dia sendiri yang akan hubungi aku balik. Jahatnya aku.

Alhamdulillah………Allah masih sayang kat aku,
Suatu hari, Azri hubungiku dan beritahu telefon dia rosak, bila telefon dia dah ok dia akan hubungi aku balik. Aku hanya mengiyakannya.

3 hari kemudian……
(Telefon bordering)……
“Assalamualaikum….Sya, apa khabar? Lama tak dengar cerita.” Kata Azri di hujung talian.
“Waalaikum salam….Azri, Sya sihat je. Telefon Azri dah ok ye? Aku bertanya.
“Sebenarnya, Azri nak beritahu Sya sesuatu ni, tapi Sya janji dengan Azri yang Sya tak akan terkejut.” Kata Azri dengan serius.
“Ye lah cakap je lah.” Kataku yang tak sabar ingin tahu.
“Sebenarnya, Azri masuk penjara. 3 hari dah sebenarnya. Hari ni Azri akan di pindahkan ke penjara pusat.” Kata Azri.
“Tapi kenapa Azri?” tanyaku ingin mendapat kepastian.
“Azri dituduh sebagai penagih dadah Sya.” Kata Azri.
“Orang tak akan tuduh kalau tak ada bukti Azri, Azri tolonglah jujur dengan Sya.” Kataku dengan nada yang tinggi.
“Betul la Sya, Azri dituduh. Sya percayakan Azri kan?” Azri membela diri.
“Azri tipu Sya selama ni, sampai hati Azri. Sya benci Azri.” Kataku. Aku memutuskan talian. Azri call aku balik tapi aku tak menjawabnya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya hati aku. Aku tak sangka selama ni aku ditipu, dikhianati. Aku menangis semahu-mahunya. Mesej-mesej Azri terus masuk, tapi satu pun aku tidak hiraukan.

“Sya, tolong lah percaya kat Azri.”
“Azri betul-betul dituduh Sya. Azri sedang makan kat kedai 3hari lepas, tiba-tiba je ada orang tuduh Azri sebagai penagih”
“Azri betul-betul sayang kat Sya, Sya tunggu Azri ye.”

Azri semakin mengalah……….
“tak apa lah, kalau Sya dah tak percaya kat Azri, Azri tak akan hubungi Sya lagi. Mungkin untuk selama-lamanya Azri tak akan hubungi Sya.”
“kalau Sya dah betul-betul benci kat Azri, Azri rela lepaskan Sya.”
“Sya tolong lah angkat call Azri.”
“Azri kena off telefon ni, Azri dah nak kena dipindahkan ni, tapi sebelum itu, Sya tolong lah angkat call Azri. Untuk kali terakhir, tolonglah..”

Selepas itu, Azri terus menyepikan diri. Aku sebak. 2hari aku pendamkan perasaan seorang diri. Roommate aku pun tak tahu tentang ni. Aku menghubungi ibu Azri.
“Assalamualaikum….ni mak Azri ke?” tanyaku.
“Waalaikum salam…ya mak Azri bercakap ni. Ni Sya ke?” mak Azri meneka.
“Ya, ni Sya…Sya nak tanya ni… betul ke Azri masuk penjara? Tanyaku.
“Hurm…hurm…betul la tu Sya.”
“betul ke dia dituduh penagih?”
“Mak pun tak tahu Sya, tapi yang mak tahu, dia kena tangkap bersama kawan-kawannya. Ramai juga kena tangkap, dan bersama-sama Azri ada duit rm900. Mak pun tak pasti sama ada itu duitnya atau tidak. Tapi Azri dah lama tak hantar duit ke kampung.”
“ye ke, Azri beritahu kat Sya yang dia hantar duit ke kampung setiap kali gajinya.”
“hari tu ada la sekali dia hantar lepas dia dapat gaji pertamanya. Azri minta mak jamin dia kat penjara tapi mak tak nak jamin. Mak ni bukannya orang berduit. Adiknya pun berang dengannya. Ni dah kali ketiga Azri masuk penjara.”
“Sya tak sangka Azri macam tu. Mak tak payah jamin la, biar dia insaf sikit.”kataku mengakhiri perbualan. Hatiku remuk.

Baruku sedar kenapa keluargaku tak suka kat Azri selama ni. Kenapa aku tak Nampak semua tu selama ni. Kenapa aku buta. Pernah beberapa kali aku berasa sangsi terhadap Azri sebelum ini, tapi aku lupakannya. Seingat aku, Azri sering demam dan selsema. Matanya yang kelihatan merah salah satu penyebab aku menjadi sangsi kepadanya. Apabila aku tanya, dia cakap tak cukup tidur. Aku yang berfikir positif hanya percaya kata-katanya. Maklumlah Azri seorang pengawal keselamatan mungkin betul dia tak cukup tidur. Dia memang seorng yang baik terhadap denganku, aku tak nafikan itu. Masihku ingat, Azri tolong belikan tiket untuk aku pulang ke kampung. Malangnya dia tersilap beli tiket, Azri dengan serta merta bergegas ke kaunter tiket untuk menukarnya. Masa tu hujan lebat sangat, Azri terketar-ketar kesejukan semasa tiba di kampusku. Aku berasa bersalah sangat kepadanya. Tapi untuk apa semua itu?

Aku putus asa, tapi mujurlah sahabat-sahabatku memberi semangat kepadaku…terima kasih buat sahabat-sahabatku, Nina, Rita dan roomateku tersayang Siti dan Fida. Kata-kata semangat mereka sedikit sebanyak membuatku lupa masalahku.

Susah untuk aku menerimanya tapi aku pasrah, aku redha dengan takdir Allah. Dan syukur Alhamdulillah Allah bagi petunjuk kepadaku lebih awal. Dan yang pasti, aku telah berjanji dengan abah dan mama untuk tidak cuba mencari cinta lagi.

(SEKIAN SAHAJA CERITA INI, HARAP DAPATLAH DIAMBIL PENGAJARANNYA. UNTUK YANG SEDANG BERCINTA, BERHATI-HATILAH KERANA CINTA BANYAK YANG PALSU DARIPADA YANG TULEN. DAN KEPADA YANG TERINGIN MENCARI CINTA, LUPAKANLAH,BERSABARLAH DAN CARILAH CINTA ALLAH TERLEBIH DAHULU. SETIAP IBU BAPA INGINKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAKNYA. JADI PATUHLAH KITA SEMUA KEPADA MEREKA. INSYAALLAH…..DI JAMIN SYURGA…..)


kalau nak lepaskan,
lepaskanlah sepenuh hati…
jangan dilepaskan separuh hati,
dipegang separuh hati lagi..
kelak nanti menghambat hati,
menjerat diri,menyeksa sanubari..
lepaskan dia, lepaskan sepenuh hati, biarlah dia pergi…
semoga kau ketemu damai hakiki.
walau bersendiri… ~~

1 comment: